Khamis, 28 Februari 2008

Rasulullah Pergi ke Quba’

Sepertimana yang telah diketahui umum, Rasulullah telah pergi ke Quba’ sebelum dia sampai ke madinah. Baginda telah disambut oleh orang Quba’. Sepanjang tempoh itu baginda telah tinggal di rumah Kulsum bin Hadam. Baginda telah membina masjid sepanjang beliau berada di sana. Dalam Quran ada menyebut:

Maksudnya: Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. Surah Taubah Ayat: 108


Selepas beberapa hari, Rasulullah telah meneruskan perjalanan beliau hingga sampai kepada Bani Salim bin Auf dan Rasulullah membina satu lagi masjid. Di sini berlainan sedikit kerana Rasulullah dapat solat Jumaat sebelum baginda meneruskan perjalanan beliau. Masjid ini merupakan masjid pertama yang Rasulullah solat Jumaat padanya. Kemudian baginda meneruskan perjalanan ke madinah. Rasulullah tiba di madinah pada 12 Rabiulawal. Sebaik sahaja baginda sampai ke madinah orang-orang ansar telah menyambut ketibaan baginda dengan girang dan gembira. Sahabat-sahabat sudah bersedia untuk menurunkan unta-unta mereka tetapi Rasulullah berkata kepada mereka bahawa baginda ingin meneruskan perjalanan sedikit sahaja lagi. Rasulullah meneruskan perjalanan mereka sehinggalah mereka melewati sebuah tanah milik dua orang anak yatim daripada Bani Najar dan berhadapan pula dengan rumah Abi Ayub Al-Ansari. Maka berkata Rasulullah kepada sahabat bahawa di sinilah tempat mereka akan berhenti dan tinggal iaitu di rumah Abi Ayub Al-Ansari. Dan telah datang Abi Ayub Al-Ansari menyambut ketibaan Rasulullah ke rumahnya.

Telah meriwayatkan Abi Ayub bahawa Rasulullah sewakktu berada di rumahnya hanya duduk di tingkat bawah manakala Abi Ayub dan isterinya tinggal di tingkat. Abi Ayub mengajak nabi duduk di tingkat atas kerana nabi adalah seorang utusan Allah yang mulia. Maka memang layaklah kedudukannya di tingkat atas dan bukannya di tingkat bawah. Nabi telah berkata kepada Abi Ayub bahawa mudah bagiku untuk duduk di tingkat bawah rumah.

Telah berkata Abi Ayub: Ketika Rasulullah berada di tingkat bawah dan dia berada di tingkat atas bersama isterinya maka dia telah menjatuhkan sebuah bekas yang berisi air lalu bekas itu pecah dan dan airnya menitik ke bawah. Dengan segera Abi Ayub dan isterinya meletakkan selimut yang ada pada mereka untuk menutup air yang tumpah tadi agar air tersebut tidak menitik ke bawah mengenai Rasulullah. Selepas itu Abi Ayub turun ke bawah dan memujuk Rasulullah naik ke atas dan dia tidak akan sekali-kali naik melainkan bersama Rasulullah.

Telah berkata Abi Ayub lagi: Pada suatu hari, dia dan isterinya menyediakan makanan untuk Rasulullah. Apabila selesai Rasulullah makan baki daripada makanan itu telah dimakan oleh Abi Ayub dan isterinya untuk mengambil berkat. Pada suatu ketika yang lain pula, Abi Ayub telah menyediakan makanan yang mana terdapat bawang dan bawang putih pada makanan itu. Rasulullah tidak menjamah makanan itu maka bertanyalah Abi Ayub kepada Rasulullah kenapa baginda tidak menjamah makanan itu. Maka Rasulullah menjawab bahawa pada makanan itu terdapat bau-bauan maka kamu makanlah. Maka Abi Ayub telah memakan makanan itu dan selepas itu dia tidak lagi menyediakan makanan itu kepada Rasulullah.

Sila berikan komen anda...Sebarang komen daripada anda amatlah kami hargai..

mat_api@yahoo.com

http://matapiusim.blogspot.com


35 ulasan:

bDk pAhANg berkata...

salam....panjangnyer ko punyer blog...tp best gak bacer....biler nak ader tajuk baru?...

far east berkata...

jangan letak sajer...kena bace la mamat...

w.i.s.d.O.m berkata...

ec bleh tahan.. jz susunan ayat 2 ada cam ikut susunan ayat in arabic g2..
but ok laa.. bleh faham gak:D

k ar..chayo!!chayo!!

inazarina berkata...

Salam....
cite menarik n lagi fahm ble baca berbanding present ari 2 kat class...terus kan usaha lagi utk jadikan cite lbh menarik..k

KimAmaN berkata...

Salam...
Ermmm..mantap la blogspot..harap2 awk fahami n hayati cite nie btl2..masuk exam tau cite nie xsia2 awk buat...

Wassalam....

afida berkata...

sepertimana yang kita ketahui bahawa perjalanan Rasullullah s.a.w ke Quba' adalah suatu kisah yang mengandungi 1001 peristiwa yang menakjubkan, yg mana berlakunya pembinaan masjid pertama dalam sirah nabi. malah, di masjid itulah bermulanya solat jumaat yg pertama didirikan oleh rasullulah bersama umatnya sebelum menyambungkan penghijrahannya....
sy harap awak dapat meneruskan lagi usaha ini dan menjadikan ia lbh baik lagi, ok> good luck,....

wangs berkata...

salam..........tahniah kawan, best cite tu. teruskan lg usaha dan pertingkatkan lg hasil karya mu itu.... aku sentiasa menyokong usaha murni mu itu..........

badli berkata...

salam samad,,baik la ht ko,,tlg ltk alamat web kwn2 lagi,,trskan usaha k...

azianiza berkata...

salam...
teruskan usaha untuk memaparkan lagi kisah-kisah yang lebih menarik untuk menjadi tatapan dan ikhtibar kepada rakan-rakan seperjuangan...
wassalam....

suhaini berkata...

mane cite sirah lagi? tapi ok gak,ada selingan. xde la boring sangat..rajin-rajn tambah cite ye...

BUSYRAA berkata...

mantap siot.........chayok la mat,aku xbce pn ko punyer sirah nie,apepn pas aku open y ko punyer blogspot nie,jgn lupe komen aku plak..chayok!babshya!aja2

Irshadiah Addiniah berkata...

aku komen ko..cpt la komen aku blk!!!!tahniah..truskan prjuangn.

amani berkata...

salm saya tertarik dgn taju awk ape2 pun teruskan usaha ye..

helmy berkata...

pandainye rahmat berkate2 hafal ke copy je.ape2 pun aku tak larat nak bace mcm ayat internet je.............bye

Rubbama berkata...

citer yg amat menarik n sy agt tertarik..trskan usaha anda

budiman berkata...

salam....citer tersusun la..bgs n trskan usaha anda..dlm hati saper tau

Rushdy berkata...

canilah..secara telus aku nak bwt ckit kritikan thadap blog koni..bagus dah bgus mat..bagus sgt..tapi klw blh ko cbe ubah font..sbb tiap2 artikal dlm blog koni sama je gaya bahasanya,penyampianya,fontnye, jadi bwt org bosanlah mat. ha!!! mat!!! ko tau x BOsan!!???. ko bkn xtau bende2 agamani..sush org nak bace jdi thats why ko kene bwt sdikit pengolahan bahasa supaya org lai tertarik...ko jgn lupe komen aku...plk

syawal@jerung berkata...

salm saya tertarik dgn taju awk mcm anami jgk..ape2 pun teruskan usaha ye..

rym berkata...

tahniah coz b'jy ciapkan blog sirah ni.em bgs n anda p'lu lbh m'hyti pe yg anda tls.mklum la kan, ia bgs untuk anda ke arh m'jd guru JQAf yg baik.GUDLUCK.

SHUKRI KS26116 berkata...

salam, memang btl2 berapi la cerita kau ni mat sesuai la dgn nama mat api 2, tp aku confius la mat, btl ke kau buat sndiri ni atau kau copy paste jer.. tp ape2 pun taniah la blog kau ni mmg menarik la.

achik berkata...

salam..apa ko wat ni mat??
btl ker ko yg tulis sumer ni..aku kagum giler la ngn ko..blog ko byk bnde2 br.rs mcm xcaya jer..sbb ko kn mlas..tp besh gak citer ko..bagus3...hebat3

Tanpa Nama berkata...

salam.best la blog kau ni....semua ada..smoga dng paparan ini dpt menambahkan pengetahuan pembaca2 blog....

zulfa berkata...

salam..kreatifnyer rahmat ni,,buat kt sy sekali leh??tahniah 1 kerja yang baik sekali..smoga sukses selalu..

Tanpa Nama berkata...

best la citer ko...tertarik siot ak..
cmner ko wat???
ajar la aku..

Tanpa Nama berkata...

satu usaha yg bagus n bersemangat...moga usaha anda akan berkekalan la hndaknya...semoga success

Tanpa Nama berkata...

wah..siap ada video siot blog ko..menarik la..hrp dpt tmbh citer lg..

From Din_Rasengan

w.i.s.d.O.m berkata...

komen utk ke2 kalinya:D
gud n nice blog..
jgn lupa komen blog sy tau..:D

Tanpa Nama berkata...

tajuk ni berkemungkinan besar masuk final..intabih!!! Good Luck!!

sixteenguidance berkata...

tajuk ni berkemungkinan besar masuk final..intabih!!! Good Luck!!

Tanpa Nama berkata...

crita ni sgt best la...ia sgt mgigatkn kte ttg prjuangan rasulullah.ni adalah slh 1 fenomena dizaman yg sblm hijrh.semoga anda dpt meneruskan cerita2 sebegini dlm blog anda....

From: Din Marsah,Kluang

DILAH_8539 berkata...

salam....byknye ko masukkan cter...bgs la dapat kongsi ngn kwn2....tahniah! teruskn usaha anda......

Tanpa Nama berkata...

salam...tahniah cite nie best,masuk final plk 2..selamat berjaya..

azlin berkata...

salam...macam2 ada yea...n bagus juga..kira enjoyla..

Tanpa Nama berkata...

salam...thanks 4 ur cmmnts......anywy.... about ur article of s.rasul, jayyid lh.......but..bhsanya mcm dtrjmh cktlh...he2...usha lg ye..

Tanpa Nama berkata...

salam...
satu cerita yang menarik jgk, mudah di fahami.. apapun teruskan perjuangan menulis kisah2 Rasulullah untuk pengetahuan bersama.. kalau nak lebih menarik lagi tambah la kisah2 nabi lain lagi ek..