Khamis, 28 Februari 2008

Rasulullah Pergi ke Quba’

Sepertimana yang telah diketahui umum, Rasulullah telah pergi ke Quba’ sebelum dia sampai ke madinah. Baginda telah disambut oleh orang Quba’. Sepanjang tempoh itu baginda telah tinggal di rumah Kulsum bin Hadam. Baginda telah membina masjid sepanjang beliau berada di sana. Dalam Quran ada menyebut:

Maksudnya: Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih. Surah Taubah Ayat: 108


Selepas beberapa hari, Rasulullah telah meneruskan perjalanan beliau hingga sampai kepada Bani Salim bin Auf dan Rasulullah membina satu lagi masjid. Di sini berlainan sedikit kerana Rasulullah dapat solat Jumaat sebelum baginda meneruskan perjalanan beliau. Masjid ini merupakan masjid pertama yang Rasulullah solat Jumaat padanya. Kemudian baginda meneruskan perjalanan ke madinah. Rasulullah tiba di madinah pada 12 Rabiulawal. Sebaik sahaja baginda sampai ke madinah orang-orang ansar telah menyambut ketibaan baginda dengan girang dan gembira. Sahabat-sahabat sudah bersedia untuk menurunkan unta-unta mereka tetapi Rasulullah berkata kepada mereka bahawa baginda ingin meneruskan perjalanan sedikit sahaja lagi. Rasulullah meneruskan perjalanan mereka sehinggalah mereka melewati sebuah tanah milik dua orang anak yatim daripada Bani Najar dan berhadapan pula dengan rumah Abi Ayub Al-Ansari. Maka berkata Rasulullah kepada sahabat bahawa di sinilah tempat mereka akan berhenti dan tinggal iaitu di rumah Abi Ayub Al-Ansari. Dan telah datang Abi Ayub Al-Ansari menyambut ketibaan Rasulullah ke rumahnya.

Telah meriwayatkan Abi Ayub bahawa Rasulullah sewakktu berada di rumahnya hanya duduk di tingkat bawah manakala Abi Ayub dan isterinya tinggal di tingkat. Abi Ayub mengajak nabi duduk di tingkat atas kerana nabi adalah seorang utusan Allah yang mulia. Maka memang layaklah kedudukannya di tingkat atas dan bukannya di tingkat bawah. Nabi telah berkata kepada Abi Ayub bahawa mudah bagiku untuk duduk di tingkat bawah rumah.

Telah berkata Abi Ayub: Ketika Rasulullah berada di tingkat bawah dan dia berada di tingkat atas bersama isterinya maka dia telah menjatuhkan sebuah bekas yang berisi air lalu bekas itu pecah dan dan airnya menitik ke bawah. Dengan segera Abi Ayub dan isterinya meletakkan selimut yang ada pada mereka untuk menutup air yang tumpah tadi agar air tersebut tidak menitik ke bawah mengenai Rasulullah. Selepas itu Abi Ayub turun ke bawah dan memujuk Rasulullah naik ke atas dan dia tidak akan sekali-kali naik melainkan bersama Rasulullah.

Telah berkata Abi Ayub lagi: Pada suatu hari, dia dan isterinya menyediakan makanan untuk Rasulullah. Apabila selesai Rasulullah makan baki daripada makanan itu telah dimakan oleh Abi Ayub dan isterinya untuk mengambil berkat. Pada suatu ketika yang lain pula, Abi Ayub telah menyediakan makanan yang mana terdapat bawang dan bawang putih pada makanan itu. Rasulullah tidak menjamah makanan itu maka bertanyalah Abi Ayub kepada Rasulullah kenapa baginda tidak menjamah makanan itu. Maka Rasulullah menjawab bahawa pada makanan itu terdapat bau-bauan maka kamu makanlah. Maka Abi Ayub telah memakan makanan itu dan selepas itu dia tidak lagi menyediakan makanan itu kepada Rasulullah.

Sila berikan komen anda...Sebarang komen daripada anda amatlah kami hargai..

mat_api@yahoo.com

http://matapiusim.blogspot.com


Rabu, 27 Februari 2008

30 Rahsia Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas andamenyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum andamenegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.

Bersambung di newsletter akan datang.

From mat_api...

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)
2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
4 . Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
7. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Real love will stick together ever and forever Thumb represent parents Second finger represent brothers & sisters Centre finger represent own self Fourth finger represent your partner Last finger represent your children

From mat_api@yahoo.com